Tribe ABS.
Membangun dari sebuah idea. Membenih menjadi kumpulan niaga.

Anda di sini : / Terokai ABS Holdings / Terokai ABS

Tribe ABS bermula apabila sstu Secret Group dibuka FB, yang dinamakan Ainon Business School pada akhir tahun 2012. Ia adalah group di mana Puan Ainon dan beberapa konsultan yang bersama beliau, membuat posting posting berkenaan bisnes dengan fokusnya kepada posting posting berkenaan bagaimana memulakan dan mengurus bisnes kecil, mendorong staf dengan gaya nabi serta strategi bisnes berdasar seerah, peperangan dan kehidupan Nabi Muhammad (bacalah selawat) semasa beliau menjalankan perniagaan

Tribe ABS adalah mereka yang mengikuti pembelajaran bisnes melalui Secret group ini dan juga melalui Akaun FB Puan Ainon Mohd, page Puan Ainon Mohd, page ABS Ainon Holdings Sdn Bhd dan anak anak syarikatnya, akaun FB milik partner partner ABS serta para pengikut tegar Puan Ainon dan ABS, dan juga seminardan latihan yang dianjurkan oleh ABS Holdings dan anak anak syarikatnya

Antara budaya yang mengikat mereka ialah memulakan bisnes dengan apa yang ditangan dan tidak berhutang, berbisnes dengan ilmu, mengurus bisnes secara korporat(sistem), berpartner dalam bisnes dan bisnes mengikut strategi bisnes yang dikupas dari kehidupan Nabi Muhammad semasa menjalankan perniagaan dan juga melalui strategi peperangan yang dilalui oleh Nabi Muhammad.

Muat Turun Profil ABS HOLDINGS di sini

Semak Jadual Seminar & Bengkel dari ABS Consulting di sini