Falsafah & Nilai Teras.
Membentuk budaya peradaban tinggi. Mendorong nadi pertumbuhan.

Anda di sini : / Korporat / Falsafah & Nilai Teras

Membawakan kebaikan

Dicampak ke darat menjadi gunung. Dicampak ke laut menjadi pulau. Itulah aspirasi utama kami, membawakan kebaikan ke segenap benua.

Sudah menjadi dasar dan polisi ABS hanya akan menjalankan aktiviti bisnes yang membawakan kebaikan baik secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat sejagat. Produknya membawakan kebaikan, servisnya membawakan kebaikan, menjadi partner yang membawakan kebaikan.

Patuh Syariah

Kami yakin pematuhan menyeluruh dengan prinsip syariah akan meyakinkan orang ramai dan pelabur terhadap kredibiliti jenama ABS. Patuh syariah bukan sahaja dari segi produk atau servis, malah ia seharusnya merangkumi setiap aspek di dalam muamalat bisnes yang ABS laksanakan, baik dalam urusan kewangan, dokumen perjanjian, customer service, copywriting, sales pitch, dan lain-lain.

Inovatif

ABS percaya inovasi adalah pemacu pertumbuhan syarikat. ABS percaya inovasi adalah perkara wajib untuk kekal releven dengan pasaran. ABS komited menyediakan platform agar ahli pasukan ABS dapat berinovasi melangkaui batas. Inovasi bukan sahaja tertumpu kepada produk ata servis, namun ia juga merangkumi inovasi dalam menguruskan organisasi.

Kami yakin dengan usaha berterusan dalam menerapkan budaya berinovasi dapat menjadikan ABS sebagai organisasi ulung yang dapat membawa perubahan di dalam komuniti bisnes khasnya dan masyarakat umumnya.

Grup Genius

Kami percaya “Group Genius” boleh memacu sebuah organisasi bisnes ke hadapan dengan lebih laju.

Group Genius juga membolehkan pelbagai idea baru dikeluarkan dan divalidasi dengan pantas.

Muat Turun Profil ABS HOLDINGS di sini

Semak Jadual Seminar & Bengkel dari ABS Consulting di sini